Khamis, 5 November 2015

Pekasam BESUT

Pekasam BESUT yang kini mula menerjah pasaran sekitar Kuala Besut, pekasam yang di hasilkan dari ikan air masin seperti kembung gelama pelaling dan pelbagai ikan air masin. Kini nelayan dari Kuala Besut berupaya mengeluarkan Pekasam secara komersial dan pekasam yang berkualiti.  Pekasam BESUT melalui beberapa peningkatan di peringkat pemprosesan bagi memenuhi permintaan pelangggan.
Kini Pekasam BESUT dipasarkan dan sedia menerima tempahan serta di edarkan di pasaran. Bagi pengedar serta pemborong seluruh Malaysia boleh turut memasarkan   Pekasam BESUT, hubungi 013 3204100 untuk buat pesanan.

Khamis, 16 Julai 2015

Peluang

Peluang - yang besar itu datang secara tiba-tiba... datang tidak menentu masa... datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan 1000 Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu - Hamka.

Selasa, 21 April 2015

Klon

Klon - kenderaan yang di jual dengan harga murah atau terlalu murah, kebiasaannya didakwa atau di katakan kenderaan lelong dari kastam JPJ polis bank atau mana-mana pihak dan ianya merupakan kenderaan curi, kenderaan klon atau yang salah di sisi undang-undang.
Berhati-hati jiika mendapat tawaran kenderaan dengan harga yang murah atau apa-apa yang meragukan. Buatlah pengesahan atau rujukan dengan mana-mana pihak dan jangan sama sekali terpengaruh dengan tawaran-tawaran luar biasa yang menarik. Anda sebenarnya diperbodohkan dengan kenyataan-kenyataan atau tawaran yang 'bodoh', kesan dari kebodohan anda, pastinya anda alami kerugian wang yang dibelanjakan.
Jualan kenderaan lelong sememangnya ada dibuat tetapi pembeli sendiri perlu buat semua urusan dan pembelian perlu dibuat di tempat jualan kenderaan lelong berkenaan. Tidak ujud agen atau wakil yang bertindak bagi pihak pembeli yang sebenar. Semua urusan pembelian adalah di uruskan terus di kaunter tempat jualan kenderaan lelong berkenaan. Berurusanlah secara legal atau yang sah dan pelbagai info lelongan di www.lelongline.com

Isnin, 20 April 2015

Kenderaan

Kenderaan - merupakan keperluan, beli dengan harga lelong dan mengikut bajet atau kemampuan anda sendiri. Kini, bagi memiliki kenderaan yang diperlukan agak mudah dengan anda sendiri yang beli terus di tempat jualan kenderaan lelong. Lebih kurang 40 - 60 kali jualan kenderaan lelong dibuat, antara lebih kurang 500 - 5,000 unit pelbagai kenderaan yang di jual secara lelong dan jualan kenderaan lelong dibuat setiap minggu iaitu pada rabu khamis jumaat sabtu dan ahad. Terdapat juga lelongan kenderaan pada isnin dan selasa, jadual lelongan kenderaan di tentukan oleh tempat pengendali lelongan dan terdapat lebih kurang 20 syarikat atau pengendali tempat jualan jualan kenderaan lelong di seluruh Malaysia.
Beli kenderaan yang anda sendiri perlukan, anda sendiri yang tentukannya dan semuanya yang ditentukan oleh anda sendiri yang lakukan bagi membeli kenderaan yang dijual secara lelong. Beli kenderaan lelong direct / terus di tempat jualan kenderaan lelong, anda sendiri yang masuk ke tempat jualan kenderaan lelong dan beli kenderaan semasa di lelong serta beli pada harga lelong. Tidak ada agen, tiada broker dan tidak ada mana-mana pihak yang yang bertindak bagi pihak anda. Pelbagai kenderaan yang biasa di jalanraya, kenderaan yang agak popular dan kebiasaannya kenderaan yang sebelum ini dibeli secara loan / pinjaman bank, pembeli asalnya gagal buat bayaran bulanan, kenderaan berkenaan 'ditarik' oleh pihak bank seterusnya dijual secara lelong.
Anda sendiri pilihlah apa-apa kenderaan yang diperlukan, carilah sendiri apa-apa kenderaan yang anda sendiri perlukan di tempat jualan kenderaan lelong dan beli kenderaan mengikut pilihan anda sendiri. klik www.lelongline.com 

Khamis, 26 Jun 2014

Pengajian

http://halal1malaysia.blogspot.com/
Pengajian - paparan kehidupan dengan ilmu-ilmu yang mendatangkan menafaat dan mendekatkan diri pada Allah SWT. Untuk beribadah semestinya memerlukan pengetahuan, namun ilmu yang dicari perlulah berguru. Jangan sama sekali belajar berguru dengan ustaz google saja, melalui pembacaan dimana-mana pun rujukan adalah perlu dapatkan ustaz bertauliah khususnya dimasjid-masjid serta di surau-surau.
Jika melalui pembacaan dimana-mana media samada di media cetak atau media elektronik seperti di internet, perlu dirujuk dengan mana-mana ustaz dan ustaz yang nak dirujuk pun janganlah yang pelik-pelik. Kekadang terdapat ustaz yang suka mencacimaki sesama Islam dan buat fatwa-fatwa songsang, Ustaz spesis yang hanya tau start malah dikenali juga sebagai ular dalam semak, dimana pengajaranya menyemakkan kepala hotak dan boleh menyesatkan. Jadi, jika nak rujuk apa-apa masalah agama, buatlah rujukan dengan mana-mana pihak yang bertauliah oleh kerajaan saja.
Pengajian maya merupakan sebagai rujukan umum dan antara paparan yang dinyatakan mungkin boleh secara lansung membuka minda pada ilmu keagamaan. Ikutilah laman sufi - pondok pengajian maya

Sujud

Sujud - paparan kehidupan menyahut panggilan kaabah, sempurnakan ibahad haji atau umrah. " janganlah kamu mengembara kecuali ke 3 masjid, Masjidil haram, masjid ku ini ( Masjidil Nabawi ) dan Masjidil Ahsa", hadis di riwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Seandainya ada kelapangan waktu, dengan rezeki yang cukup serta dengan usaha, lakukanlah ibadah haji atau umrah. Daripada berbelanja pada perkara-perkara yang kurang atau tidak berfaedah, ada baiknya buat ibadah dan dapat sujud di hadapan Kaabah serta zairah makam Rasulullah SAW. 
Ganjaran pahala beribadah di dalam Masjidil haram serta sujud di hadapan dua masjid yang penuh barakah. Beribadah di dalam Masjidil haram digandakan pahala dan yang juga menariknya dapat sujud dimana tempat Rasulullah SAW bersujud di Masjid Nabawi. Untuk ke Tanah Suci bukan soal wang tetapi hidayah langsung dari Allah SWT. Bukan semua orang yang ada wang boleh ke Makkah dan tidak semestinya orang yang susah atau miskin tak boleh ke Makkah untuk beribadah. Malah antara ratusan ribu rakyat Malaysia yang ke Makkah merupakan hanya yang berpendapatan sederhana saja. Dan anda nanti pun boleh ke Makkah samada untuk mengerjakan Ibadah Haji atau Umrah. Memandangkan koata haji yang dikenakan, jika daftar perlu tunggu agak lama untuk dapat sempurnakan Ibadah Haji. Ada baiknya lakukan dulu Ibadah Umrah jika telah ada belanja yang cukup. Ikutilah perjalanan mengerjakan Umrah di blog Umrah mabrur - perjalanan menuju reda'Illahi

Mudah

http://www.lelongline.com/
Mudah - paparan kehidupan sebahagian besar masyarakat khususnya orang-orang melayu, yang nak semua mudah, cepat dan senang. Terutamanya untuk dapatkan kenderaan bagi kegunaan seharian. Pantang dengar apa-apa tawaran kenderaan dengan harga yang murah, boleh dapat dengan mudah dan cair dengan pelbagai janji-janji luar biasa dari penjual. Kebiasaannya kenderaan curi atau kenderaan yang dijual dengan harga yang murah adalah dari kegiatan kongsi gelap atau kumpulan penjenayah. M O atau Mondus operandi yang terancang, tawaran yang dibuat dengan pelbagai versi penipuan, antaranya mengaitkan agensi kerajaan seperti kastam, JPJ, Polis dan pelbagai lagi. Dan terdapat juga tawaran terus melalui telefon dan melalui pengiklanan di laman-laman yang mudah di internet. 
Berhati--hatilah jika dapat tawaran-tawaran luar biasa dan fikirlah baik-baik, siapalah anda yang ditawarkan kenderaan yang begitu murah. Samada anda bernasib baik atau sebenar-benarnya anda diperbodohkan dan anda sedang berurusan dengan penjenayah.
Sebenar-benarnya ada jualan kenderaan yang dibuat secara lelong samada oleh agensi kerajaan atau pihak bank. Jika jualan kenderaan lelong oleh agensi kerajaan ianya hanya dibuat di pejabat agensi berkenaan, semua urusan adalah dilakukan secara direct dengan agensi berkenaan dan tidak ada mana-mana pihak yang dilantik jadi agen atau wakil bagi pihak mana-mana agensi kerajaan berkenaan. Dan jualan lelong kenderaan oleh pihak bank pula diuruskan oleh pengendali-pengendali tempat lelongan yang menjadi vendor pada pihak bank untuk lelong kenderaan yang ditarik oleh bank. Terdapat lebih kurang 20 - 30 syarikat pengendali tempat lelongan kenderaan, antara lebih kurang 30 - 50 lelongan dibuat sebulan, antara 500 - 5000 unit kenderaan yang dijual secara lelong, manakala setiap minggu antara 1 - 10 lelongan dibuat di seluruh Malaysia. Harga kenderaan yang dilelong seunit dari 200 - 2,000 dan mengikut senarai harga pada list lelongan. Harga kenderaan lelong tidak lagi mengikut nilai pasaran, anda boleh beli kenderaan yang diperlukan pada harga sebenar, harga lelong Pelbagai kenderaan yang dilelong, kenderaan yang popular atas jalanraya, biasanya terdapat ditempat jualan kenderaan lelong. Kenderaan yang dilelong bukan kerana rosak tetapi disebabkan kegagalan pemilik asal yang gagal buat bayaran bualan, kenderaan ditarik dan seterusnya dijual secara lelong. Untuk mendapatkan info lebih lanjut, terjah lah ke lelongline  

Selasa, 24 Jun 2014

Pekasam

Pekasam - paparan kehidupan dengan makanan esotik iaitu pekasam, jika sebelum ini hanya dikenali sebagai makanan tradisional dan hanya dikenali oleh orang-orang kampong. Kini dengan pendekatan teknologi, pekasam yang diproses secara bioteknologi, melalui pemeraman dan proses membuat pekasam yang singkat dengan berkualiti. Melalui R & D bersama beberapa agensi seperti Perikanan,  Mardi, Sirim, UPM dan pelbagai pihak. Pekasam Annissa kini dikomersialkan dalam dan luar negara. Dengan kapasiti pengeluaran antara 5 - 10 metrik tan, pekasam Annissa di pasarkan keseluruh Malaysia dan anda juga kini boleh jadi pengedar atau peruncit pekasam Annissa.
Dengan menjadi rakaniaga produk pekasam Annissa, anda sebenarnya telah menjadi sebahagian dari rangkaian perniagaan pekasam Annissa. Secara  lansung berupaya menjana pendapatan pada anda. Oleh kerana pekasam Annissa begitu mendapat sambutan pengguna, pelbagai ikan samada ikan air tawar atau ikan air masin yang dijadikan pekasam. Kini tiada lagi halangan untuk semua orang untuk makan pekasam dengan adanya pekasam dari pelbagai jenis ikan. Sepat, puyu, lampam, loma, talapia, siakap, kembung, gelama, belanak, kedera dan pelbagai lagi jenis pekasam Annissa. Anda kini boleh jadi pengedar atau peruncit bagi produk pekasam Annissa, hubungi 013 320 4100 untuk info / keterangan lanjut. 

Sejoli

Sejoli - paparan kehidupan mengenai sehati sejiwa, 2 sejoli dan cinta sampai ke mati. Indahnya ketentuan illahi dijadikan manusia berpasang-pasangan. Jika keimanan menyatukan 2 hati maka kehidupan penuh keberkatan. Tiada keraguan, tiada sangka buruk dan tiada sengketa dalam rumahtangga. Andainya Allah SWT, Rasulullah SAW dan Quran serta sunnah jadi panduan maka kehidupan membawa keberkatan.
Cinta mencintai kerana Allah SWT dan sesungohnya cinta yang abadi dari dunia hingga ke akhirat, beruntonglah sesiapa dianugerahkan kesempurnaan dalam kehidupan. Seandainya hati serta perasaan terlalu inginkan kebaikkan, berusahalah kearah kebaikkan dan beristiqamahlah dalam mengerjakan ibadah.

Sabtu, 21 Jun 2014

Paparan kehidupan

Paparan kehidupan
 
Keindahan yang menakjubkan, luar biasa dan segala-galanya adalah kekuasaan Maha Pencipta Allah SWT. Siapalah kita untuk nak memperkatakan mengenai kehidupan ini, namum mungkin boleh di paparkan pengalaman hidup diri sebagai insan.