Khamis, 26 Jun 2014

Pengajian

http://halal1malaysia.blogspot.com/
Pengajian - paparan kehidupan dengan ilmu-ilmu yang mendatangkan menafaat dan mendekatkan diri pada Allah SWT. Untuk beribadah semestinya memerlukan pengetahuan, namun ilmu yang dicari perlulah berguru. Jangan sama sekali belajar berguru dengan ustaz google saja, melalui pembacaan dimana-mana pun rujukan adalah perlu dapatkan ustaz bertauliah khususnya dimasjid-masjid serta di surau-surau.
Jika melalui pembacaan dimana-mana media samada di media cetak atau media elektronik seperti di internet, perlu dirujuk dengan mana-mana ustaz dan ustaz yang nak dirujuk pun janganlah yang pelik-pelik. Kekadang terdapat ustaz yang suka mencacimaki sesama Islam dan buat fatwa-fatwa songsang, Ustaz spesis yang hanya tau start malah dikenali juga sebagai ular dalam semak, dimana pengajaranya menyemakkan kepala hotak dan boleh menyesatkan. Jadi, jika nak rujuk apa-apa masalah agama, buatlah rujukan dengan mana-mana pihak yang bertauliah oleh kerajaan saja.
Pengajian maya merupakan sebagai rujukan umum dan antara paparan yang dinyatakan mungkin boleh secara lansung membuka minda pada ilmu keagamaan. Ikutilah laman sufi - pondok pengajian maya