Khamis, 26 Jun 2014

Mudah

http://www.lelongline.com/
Mudah - paparan kehidupan sebahagian besar masyarakat khususnya orang-orang melayu, yang nak semua mudah, cepat dan senang. Terutamanya untuk dapatkan kenderaan bagi kegunaan seharian. Pantang dengar apa-apa tawaran kenderaan dengan harga yang murah, boleh dapat dengan mudah dan cair dengan pelbagai janji-janji luar biasa dari penjual. Kebiasaannya kenderaan curi atau kenderaan yang dijual dengan harga yang murah adalah dari kegiatan kongsi gelap atau kumpulan penjenayah. M O atau Mondus operandi yang terancang, tawaran yang dibuat dengan pelbagai versi penipuan, antaranya mengaitkan agensi kerajaan seperti kastam, JPJ, Polis dan pelbagai lagi. Dan terdapat juga tawaran terus melalui telefon dan melalui pengiklanan di laman-laman yang mudah di internet. 
Berhati--hatilah jika dapat tawaran-tawaran luar biasa dan fikirlah baik-baik, siapalah anda yang ditawarkan kenderaan yang begitu murah. Samada anda bernasib baik atau sebenar-benarnya anda diperbodohkan dan anda sedang berurusan dengan penjenayah.
Sebenar-benarnya ada jualan kenderaan yang dibuat secara lelong samada oleh agensi kerajaan atau pihak bank. Jika jualan kenderaan lelong oleh agensi kerajaan ianya hanya dibuat di pejabat agensi berkenaan, semua urusan adalah dilakukan secara direct dengan agensi berkenaan dan tidak ada mana-mana pihak yang dilantik jadi agen atau wakil bagi pihak mana-mana agensi kerajaan berkenaan. Dan jualan lelong kenderaan oleh pihak bank pula diuruskan oleh pengendali-pengendali tempat lelongan yang menjadi vendor pada pihak bank untuk lelong kenderaan yang ditarik oleh bank. Terdapat lebih kurang 20 - 30 syarikat pengendali tempat lelongan kenderaan, antara lebih kurang 30 - 50 lelongan dibuat sebulan, antara 500 - 5000 unit kenderaan yang dijual secara lelong, manakala setiap minggu antara 1 - 10 lelongan dibuat di seluruh Malaysia. Harga kenderaan yang dilelong seunit dari 200 - 2,000 dan mengikut senarai harga pada list lelongan. Harga kenderaan lelong tidak lagi mengikut nilai pasaran, anda boleh beli kenderaan yang diperlukan pada harga sebenar, harga lelong Pelbagai kenderaan yang dilelong, kenderaan yang popular atas jalanraya, biasanya terdapat ditempat jualan kenderaan lelong. Kenderaan yang dilelong bukan kerana rosak tetapi disebabkan kegagalan pemilik asal yang gagal buat bayaran bualan, kenderaan ditarik dan seterusnya dijual secara lelong. Untuk mendapatkan info lebih lanjut, terjah lah ke lelongline