Selasa, 21 April 2015

Klon

Klon - kenderaan yang di jual dengan harga murah atau terlalu murah, kebiasaannya didakwa atau di katakan kenderaan lelong dari kastam JPJ polis bank atau mana-mana pihak dan ianya merupakan kenderaan curi, kenderaan klon atau yang salah di sisi undang-undang.
Berhati-hati jiika mendapat tawaran kenderaan dengan harga yang murah atau apa-apa yang meragukan. Buatlah pengesahan atau rujukan dengan mana-mana pihak dan jangan sama sekali terpengaruh dengan tawaran-tawaran luar biasa yang menarik. Anda sebenarnya diperbodohkan dengan kenyataan-kenyataan atau tawaran yang 'bodoh', kesan dari kebodohan anda, pastinya anda alami kerugian wang yang dibelanjakan.
Jualan kenderaan lelong sememangnya ada dibuat tetapi pembeli sendiri perlu buat semua urusan dan pembelian perlu dibuat di tempat jualan kenderaan lelong berkenaan. Tidak ujud agen atau wakil yang bertindak bagi pihak pembeli yang sebenar. Semua urusan pembelian adalah di uruskan terus di kaunter tempat jualan kenderaan lelong berkenaan. Berurusanlah secara legal atau yang sah dan pelbagai info lelongan di www.lelongline.com